Showing posts with label interviews. Show all posts
Showing posts with label interviews. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

MARA-JPA Interview

Assalamualaikum.

I've been thinking whether I should write about this or not. But then, probably I should because it might be useful to someone else.

Saya dapat interview MARA-JPA di IKM Lumut, Perak pada 21hb April, pukul 2 hingga 5 petang. Ya, lamanya sampai tiga jam!!!!! T______T

Sampai di Lumut lebih kurang 11.30 pagi, so my dad drove keliling Lumut tu, ada Jusco, Giant, Tesco - very, very nice. :) Agak-agak nak dekat masuk waktu Zohor, kami stop di masjid yang berdekatan dengan IKM tu. Lepas solat terus pergi daftar di pusat sumber IKM.

Waktu tu lebih kurang 15+- orang dah sampai. Lepas selesai pendaftaran, saya dapat tag nombor 10, so of course dapat group nombor 1.

Everyone was smiling and after I sat down, about 3 students asked my name. Sungguh, friendly! Lepas tu barulah orang lain pun tanya nama juga. Everybody was asking each other's names so I was a bit glad that they have no friends too, like me! Haha. :P

Interview tu start lambat sikit, pukul 2.30 petang, sebab ada orang tak solat lagi, so kena tunggulah sampai semua dah ada. Lepas tu kakak-kakak fasi tu suruh duduk ikut susunan nombor. Satu group 10 orang. Tapi 2 orang dalam group saya tak hadir, so student yang dapat nombor 11 dan 12 masuk group 1.

Semuanya ada 3 bilik untuk 3 sesi. Group saya pergi ke bilik 1, group 2 ke bilik 2, group 3 ke bilik 3. Kami semua kena beratur [again, ikut susunan nombor] depan bilik tu dulu sebelum masuk. Abang fasi tu berdiri depan kitorang, lepas tu dia cakap, "Nombor 1 hingga 6 jadi pihak pembangkang. Nombor 7 hingga 12 pihak pencadang." Waktu tu tahu dah la yang kami kena berdebat!

Alahai, rasa lemahnya semangat waktu tu.

Sesi 1 - Debat


Kami pun masuklah bilik nombor 1. Ada dua orang panel, seorang lelaki, seorang perempuan. Kami dapat tajuk 'Facebook Membawa Lebih Banyak Keburukan'. Kena bincang selama 5 minit dan setiap seorang ada masa 4 minit untuk cakap pasal 2 isi. Nak bincang apa sangat pun selama 5 minit? T_T

Anyway, kami pun bincanglah sikit-sikit. Saya cakaplah yang banyak maklumat palsu tersebar melalui Facebook, saya pun kaitkanlah dengan MH370 tu, megguris hati ahli keluarga para mangsa bla bla bla. Tapi tak adalah cakap secara berterusan. Ada juga err err errrr lepas tu senyap. Bila dah senyap tu, lagilah tension sebab dapat rasa semua orang pandang kita. Ahh, malu! T_T

Ok, tak nak cerita panjang-panjang, nanti lagi bertambah malu.

Sesi 2 - Permainan Minda

Bila dengar je nak main game, yayyyyy!!!!!! Tapi jangan nak yay sangat, boleh tahan susah soalan dia. T___T Tapi sesi ni santai sikit, tak ada stress, so oklah sikit. But still, aku tak menonjol. Panel tu asyik tanya, "Apa pendapat nombor 10?" Saya cuma cakap, "Saya setuju dengan nombor 8" [We refer to each other guna nombor yang kami dapat. Yelah, nak sebut nama, panel tu mana kenal.] Lepas tu panel tu cakap balik, "Kenalah bagi pendapat sendiri, jangan nak setuju dengan pendapat orang lain." Hahaha, ouch! Nak buat macam mana, dah memang kita setuju dengan pendapat dia. Haha maaflah. T__T

Lepas tu, sesi ketiga pula. Waktu tu seronok sikit, bukan apa, seronok sebab nak balik dah. Haha. -,-


Sesi 3 - Study Case


Sesi ni kena cakap fully in English. Waktu discuss pun kena discuss dalam BI. Panel akan bagi tajuk, kita kena discuss [masih dalam kumpulan sama dengan tadi] lepas tu kena present. Mereka bagi 20 minit nak discuss, oklah juga. Kami dapat tajuk BR1M. Hahaha. Saya bukannya tahu sangat pun pasal BR1M. Padan muka, Hanani.

Saya bentang pasal bad effects of BR1M. Katalah that some people misuse the money given to buy things that they do not need or not necessary such as phones bla bla bla. Saya rasa sesi ni saya cakap lancar sikit [sikit je lah] berbanding debat tu tapi saya cakap sekejap sangat. Haha. T_T


Lepas keluar dari bilik, rasa lega yang teramat sangat. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga temuduga. Kami semua sembang sikit-sikit, sempat lagi bertukar nombor telefon dan emel. Ada seorang cakap pada saya, "Mana tau nanti kita jumpa kat UK." Haha, insha Allah kalau dapatlah.


Saya tak nak fikir sangat, tak harap sangat. Kalau ada rezeki tu, adalah. :) Think positive.