Sunday, 2 March 2014

Rindu

Assalamualaikum.

Bahruddin Bekri.

'Doa Untuk Aku' merupakan novel pertama beliau yang saya beli. Itu pun, secara tidak sengaja, kerana kebetulan ayah saya mahu membeli surat khabar di sebuah kedai buku, dan saya pun turut serta, kerana saya mahu 'cuci-cuci mata' melihat novel.

Ya, pada asalnya saya hanya mahu melihat novel, bukan membeli.

Kedai buku tersebut kecil sahaja dan tidak banyak novel yang ada. Tiba-tiba, saya terpandang sebuah novel berwarna merah bertajuk 'Doa Untuk Aku'. Penerbitnya memang saya sudah biasa dengar, kerana buku-buku terbitan syarikat tersebutlah yang paling saya suka baca tetapi penulisnya pula saya tidak pernah dengar.

Saya tertarik dengan tajuknya, kerana pada waktu itu baru beberapa bulan abang saya meninggal dunia dan doa adalah perkara yang paling penting pada ketika itu.

Ya, saya membeli novel tersebut hanya kerana ianya berkaitan dengan doa.

Dan saya tidak pernah menyesal membeli novel tersebut. Malah, saya cuba untuk mencari dan membeli lebih banyak lagi novel karya Bahruddin Bekri.

Novel tersebut membawa banyak pengajaran dan turut terselit unsur-unsur humor. :)

Dan yang paling saya suka, ianya ditulis dalam Bahasa Melayu Tinggi. Sangat sesuailah dengan diri saya yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu ini.

Tujuan saya menulis entri ini sebab saya sangat rindu mahu membaca novel beliau. T_T

Maklumlah, saya menahan diri saya daripada membaca novel pada tahun lepas kerana SPM. Pada bulan Januari yang lepas pula saya membeli novel-novel bahasa Inggeris.

Jadi, sudah agak lama saya tidak membaca novel bahasa Melayu.

Apabila membaca blog Bahruddin Bekri, saya teringat pula novel-novel beliau yang sudah lama saya tidak beli.

Nanti saya mahu punggah kotak-kotak di dalam bilik untuk mencari novel-novel beliau yang sudah saya miliki.

Jika jumpa novel Bahruddin Bekri di kedai buku, belilah ya. Kamu pasti tidak menyesal. ;) Bacalah juga blog beliau, banyak cerpen yang best.

2 comments:

  1. Wahh. Looks interesting. And give ur feedback to me after you read this novel ok. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiha, kami memang dah ada novel Bahruddin Bekri ni. Memang best. :) Yang paling kami suka Puisi Untuk Nadina, Doa Untuk Aku dan Dunia Ini Sederhana Kecil.

      Delete